RINCHING : Tiada kata yang boleh diungkap saat melihat ketabahan seorang wanita menjadi tonggak keluarga setelah tempang hidupnya apabila sang suami terlibat dalam kemalangan tragis hingga mengakibatkan cacat kekal.
Membesarkan lima orang anak, Siti Hajar Mohd Abdul Razak, 33, cekal dengan ujian yang menimpa.
Tiada pekerjaan yang dapat dilakukan demi menjaga kebajikan suami dan anak yang lebih memerlukan kudratnya untuk menguruskan keluarga.
Dengan berbekalkan duit saku RM200 sebulan hasil bantuan Lembaga Zakat Selangor, Hajar menggunakan duit itu untuk mengisi perut keluarganya.
Lebih perit, apabila Hajar memaklumkan salah seorang anaknya berdepan dengan masalah kesihatan sehingga menyebabkan cahaya matanya itu tidak mampu menjalani kehidupan biasa seperti anak yang lain.
“Anak saya Haikal tak berapa sihat. Sekarang ini dia hanya pergi ke sekolah tiga kali sebulan sahaja.
“Saya reda dengan apa yang Allah tetapkan untuk saya dan keluarga.” katanya.
Melihatkan keadaan Hajar dan keluarga yang memerlukan bantuan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turun ke Rinching, Semenyih bagi meringankan beban yang ditanggung.
Sebuah kotak bantuan berisi barangan keperluan asas serta tiga pek susu formula bayi dan lampin bayi disumbangkan kepada Hajar.
Hasil sumbangan orang ramai akhirnya tiba di tangan mereka yang memerlukan.
Bukan mudah untuk mengharungi kehidupan yang kini semakin mencabar.
Menatap riak wajah Siti Hajar dan keluarga yang mampu tersenyum biarpun berteduh di bawah rumah usang yang baginya sudah memadai, ternyata beliau insan yang jauh hebatnya.
Bantuan ini tidak mampu mengangkat segala derita Puan Siti Hajar, tetapi cukup untuk mengukir senyuman di bibir.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038