Semasa

“Saya reda dengan takdir Allah” – Ebby Yus

BANGI : Pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 56, menjadi antara mangsa yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan, lenyap dibawa arus di Hulu Langat, Selangor, dan terpaksa menanggung kerugian mencecah hampir RM200,000.

Kisahnya itu tular dan menjadi inspirasi kepada ramai bagi tabah dalam menghadapi segala ujian yang melanda.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, beliau kini dimasukkan pula ke hospital sejak empat hari lalu kerana paru-paru berair.

Beliau baru sahaja menjalani ujian imbasan sinar-X dan masih menunggu keputusan daripada doktor untuk tindakan selanjutnya.

Beliau mengharapkan keputusan imbasan yang baik tanpa ada apa-apa jangkitan yang teruk.

“Saya harapkan orang ramai mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya. Saya taknaklah orang cakap saya cerita ini sebab nak raih simpati tapi saya percaya dengan kuasa doa, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” kata Ebby kepada wartawan Kosmo!.

“Saya reda dengan takdir Allah. Tapi, saya reda bukan bermakna saya berpeluk tubuh. Saya percaya apa yang berlaku, ada hikmahnya.

“Kita merancang tetapi yang tentukan segala-galanya Allah SWT. Kalau Dia izinkan rasa sakit itu sembuh atau kepayahan hidup itu diangkat, dengan izin-Nya pasti ia akan berlaku,” tambahnya.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button