Sambutan hari kedua Mobile Clinic MAIWP- MAPIM di PPR Sungai Bonus meriah
![](http://i0.wp.com/www.ummahtoday.com.my/wp-content/uploads/2022/05/A6409822-scaled.jpg?fit=1920%2C1087&ssl=1)
Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih
KUALA LUMPUR : Sambutan hari kedua Program Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang berlangsung di PPR Sungai Bonus hari ini, mencatatkan lebih 40 orang pesakit yang hadir untuk dalam tempoh dua hari program ini dijalankan.
Program yang berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 3 petang ini telah diwarnai dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum dan bangsa.
Petugas-petugas yang membantu sepanjang program berlangsung terdiri daripada kumpulan sukarelawan MAPIM Malaysia sendiri dan seorang kakitangan bahagian rawatan dan perubatan.
Menurut seorang penduduk Alamaloo A/P Munusami, 70 berkata beliau teruja dengan kehadiran bas mobile clinic ini, dan tidak sangka sebuah bas mampu memberi rawatan kepada penduduk.
“Terima Kasih kepada pihak MAPIM, sudi datang ke PPR kami, beri rawatan percuma kepada penduduk.
“Layanan para petugas semua terbaik, saya harap program ini boleh diteruskan,” katanya kepada UmmahToday.
Senyuman manis yang terukir di wajahnya menunjukkan, beliau juga sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MAPIM dalan memberikan rawatan percuma kepada penduduk.