BAITULMAQDIS: Seorang remaja Palestin, Mohammed Ali Abu Salah, 17, yang cedera parah selepas bertubi-tubi peluru yang dilepaskan oleh tentera Israel semasa pertempuran diantara berpuluh-puluh rakyat Palestin dengan polis israel di kem pelarian Shu’afat, timur Baitulmaqdis, telah meninggal dunia, menurut sumber perubatan Palestin pada petang Rabu.
Mohammad Ali Salah (17), the Palestinian youth killed by the lsraeli occupation forces in Shu’afat camp, Jerusalem. pic.twitter.com/wfvg9c5vBa
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 25, 2023
Masalah yang ditimbulkan israel memuncak apabila kira-kira 300 polis mereka tiba di kem untuk merobohkan rumah Uday Al-Tamimi yang dituduh menembak mati anggota polis tentera, Noa Lazar di pusat pemeriksaan pada Oktober.
lsraeli occupation forces are to demolish a Palestinian-owned house in Shu’afat camp, Jerusalem. pic.twitter.com/cvwtP07hbh
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 25, 2023
Uday kemudiannya dibunuh tentera Israel selepas jejak dan pemburuan selama 10 hari.
Kematian terbaru remaja ini menjadikan 20 orang Palestin yang dibunuh secara kejam oleh israel bermula awal tahun baharu ini, 4 daripadanya kanak-kanak. Tahun lepas merekodkan 224 rakyat Palestin terkorban akibat kezaliman puak israel.
Dalam masa sama, tentera israel juga merobohkan 6 rumah di kampung Al-Dyouk Al-Tahta, barat Jericho.
Sumber Palestin berkata kampung itu, dengan populasi 1,300, telah mengalami serangan berterusan oleh tentera israel sebagai sebahagian daripada dasar pindah paksa yang bertujuan untuk mengosongkan kawasan penduduk asalnya untuk memihak kepada penempatan israel.
BACA JUGA
Remaja 14 tahun ditembak di kepala di Tebing Barat
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini