SemasaSyariah

Sah ke kalau wanita yang sembelih haiwan ?

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Umumnya dalam keluarga apabila ingin menyembelih haiwan ternakan seperti kambing, lembu, kerbau, ayam dan sebagainya pasti lelaki yang akan melakukan kerja tersebut.

Namun seandainya dalam keluarga tersebut tiada lelaki, boleh ke wanita menyembelih haiwan ? Apa hukum menurut Islam sekiranya wanita menyembelih haiwan. Halal dan sah ke makan haiwan tersebut ?

Penyembelihan haiwan adalah satu syarat untuk membolehkan satu-satu binatang itu halal dimakan. Hal ini dianggap sebagai satu ibadah. Ini kerana mencari yang halal adalah fardu ain.

Menurut Sheikh Zakariyya al-Ansari mengatakan rukun sembelihan ada 5 iaitu penyembelihan, tukang sembelih, haiwan sembelihan dan alat penyembelihan.

Para ulama telah memberikan beberapa syarat bagi penyembelih haiwan agar haiwan yang disembelih menjadi halal untuk dimakan. Antara syaratnya ialah penyembelih hendaklah seorang muslim atau ahli kitab. Jika ahli kitab ia tidak kira dari kalangan ‘ajami atau arab yang mana ia merupakan ahli kitab yang asasl sebelum berlakunya penyelewengan.

Menurut al-Muri al-Yamani mengatakan:

“Syarat bagi orang yang menyembelih atau yang memburu adalah dia seorang muslim atau ahli kitab.Begitu juga halal sembelihan hamba daripada ahli kitab walaupun haram menikahinya.”

Maka disini dapat dilhat syarat yang paling utama bagi seorang penyembelih adalah dia mesti seorang muslim.

Jika binatang tersebut disembelih oleh wanita maka sembelihan itu tetap sah dan boleh dimakan. Ini kerana, lelaki atau perempuan bukan syarat utama bagi penyembelih. Yang paling utama adalah penyembelih mestilah seorang muslim

Di dalam satu hadis riwayat Ka’ab Bin Malik, beliau menceritakan:

Maksudnya :”Seorang wanita menyembelih seekor kambing. Kemudian ditanya kepada Rasulullah SAW tentang sembelihan tersebut. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan untuk makan sembelihan yang dilakukan wanita tersebut.” (Riwayat al-Bukhari)

Maka kesimpulannya sah untuk kita memakan makanan yang disembelih oleh wanita. Status binatang yang disembelih oleh wanita adalah halal dimakan. Namun sebahagian ulama mengatakan bahawa sembelihan lelaki lebih afdal daripada wanita. Perkara ini dilihat dari sudut kekuatan dan kemampuan untuk menyembelih binatang.

Related Articles

Back to top button