LONDON : Penyerang Liverpool, Sadio Mane membuktikan kelasnya di dalam dan di luar padang sekali lagi di Piala Negara-Negara Afrika, kerana Senegal bukan sahaja dinobatkan sebagai juara, dia juga membayar keseluruhan bil hospital untuk seorang budak lelaki yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.
Pemain berusia 29 tahun itu, yang kelihatan tidak sedarkan diri seketika selepas berlanggar dengan penjaga gol Cape Verde Vozinha, cukup pulih untuk menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 sebelum diganti tidak lama kemudian dan dibawa ke hospital.
Semasa dia dirawat akibat gegaran otak di hospital Cameroon, dia membayar FCFA 400,000 (RM 2,916.00) untuk keluarga kanak-kanak yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa yang tidak mampu membayar bil hospital.
Keluarganya yang ditemui dalam keadaan runsing kerana tidak mampu menampung bull rawatan. Anaknya yang terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal telah melanggar anak mereka dan mengakibatkan patah tulang dan kecederaan di seluruh badan.
Bintang bola sepak Senegal itu secara kebetulan berada di hospital berkenaan menemukan keluarga yang itu sedang bersedih dan bertanya kepada mereka apa yang sedang berlaku. Keluarga itu menerangkan keadaan kepadanya lalu beliau terus menghulurkan mereka 400,000 FCFA tanpa berkata banyak.
Keluarga itu tidak berhenti mengucapkan terima kasih kepada Sadio Mane di atas pemberian beliau itu. Penyerang Liverpool dan Senegal itu pernah berjanji dengan dirinya bahawa beliau akan membuat perubahan ke atas komuniti di negara beliau.