MOSCOW : Kementerian Luar Rusia pada Jumaat menyifatkan kekejaman Israel terhadap Palestin merupakan ‘penjara di bawah langit terbuka’.
Menurut laporan berita Agensi Anadolu, tindakan menteri luar Israel yang menyokong penggantungan keanggotaan Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR), dilihat sebagai taktik untuk mengalih perhatian dunia atas kekejaman Israel terhadap Palestin.
Kementerian Luar Rusia turut menyelar tindakan Israel yang masih melanggar keputusan Majlis Keselamatan (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB dengan meneruskan pendudukan haram di wilayah Palestin.
Ujar kementerian itu, pencerobohan Israel mengakibatkan lebih 2.5 juta rakyat Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan diusir ke kawasan terpencil dan terputus dari dunia luar.
“Semenanjung Gaza pada dasarnya telah menjadi ‘penjara terbuka,’ hingga memaksa dua juta rakyatnya bertahan di bawah sekatan laut, udara dan darat Israel hampir 14 tahun,” menurut kementerian itu.