BanjirDomestikSemasa

Rumah masih ‘tenggelam’

Berpuluh rumah hanya nampak bumbung sahaja

TEMERLOH: Selain keluhan mengenangkan kediaman mereka ditenggelami air banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 50 tahun, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan oleh penduduk Kg Batu Kapor, di sini.

Kegusaran kelihatan jelas pada wajah mereka ketika ditemui oleh pihak Bernama di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Mentakab, semalam.

“Buat masa ini, kami tiada pilihan selain menunggu air surut untuk pulang memeriksa keadaan rumah.
Kami pasrah dan reda,” kata seorang mangsa, Wardiana Bucin, 53.

Mangsa banjir, Wardiana Bucin, 53, dari Kg Batu Kapor, Mentakab, Pahang, ketika ditemui di PPS SMK Seri Semantan. – Foto BERNAMA

Rumah yang diduduki bersama suaminya serta dua anak lelaki mula dinaiki air pada Sabtu lalu dan tenggelam sepenuhnya pada Isnin kemudian.

Walaupun hampir setiap tahun kampung itu dilanda banjir, ujar Wardiana, bencana kali ini berlaku luar biasa sehingga keseluruhan rumahnya tenggelam.

“Sebelum ini, banjir paling tinggi kira-kira sejengkal daripada siling dan kami akan letak barang elektrik di bahagian siling yang dibina untuk banjir.

“Kali ini, tiada barang yang terselamat sebab rumah habis tenggelam,” katanya.

Keadaan dua buah rumah, hanya kelihatan bumbung sahaja

Seorang lagi mangsa, Siti Zubaidah Md Nazari, 33, berkata, rumah yang didiami bersama ibu dan dua adiknya tenggelam sepenuhnya dan masih tidak kelihatan sehingga Khamis.

“Rumah saya sebelah rumah datuk dan rumah kakak sulung saya. Ketiga-tiganya tenggelam dan rumah datuk saya yang diperbuat daripada papan, hanyut dibawa arus deras,” katanya.

Tambah Siti Zubaidah, keluarganya juga hanya sempat membawa beberapa helai pakaian serta dokumen penting sebelum berpindah ke PPS kerana air naik dengan cepat.

“Boleh dikatakan ketika-tiga rumah kerugian sepenuhnya. Tetapi waktu itu, kami hanya fikir tentang nyawa, yang penting syukur semua ahli keluarga kami selamat,” kata kakaknya, Zarina Md Nazari, 38.

Tinjauan di kampung tersebut oleh pihak Bernama pada petang Khamis, mendapati bahawa paras air hanya surut kira-kira satu meter, manakala puluhan rumah masih tenggelam hingga bumbung sahaja yang kelihatan. – BERNAMA

—————————————————————————————————————————–

MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button