Covid19Dunia

Risiko kemasukan hospital bagi kes Omicron lebih rendah berbanding Delta

LONDON : Varian baharu Covid-19, Omicron mencatatkan 70 peratus kadar risiko dimasukkan ke hospital, lebih rendah berbanding dalam kalangan individu yang dijangkiti Delta yang dominan sebelum ini.

Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) dalam satu taklimat, semalam, memaklumkan ia adalah hasil kajian pihaknya terhadap kes Omicron di negara ini.

“Dianggarkan 31 hingga 45 peratus kemungkinan individu yang dijangkiti Omicron hadir ke A&E (jabatan kecemasan hospital) berbanding Delta, dan 50 hingga 70 peratus kurang kemungkinan dimasukkan ke hospital menerusi dapatan hasil kajian” katanya.

Namun, agensi itu tetap mengingatkan bahawa ia adalah ‘dapatan awal dengan ketidakpastian yang tinggi’ kerana berdasarkan sejumlah kecil sampel kemasukan ke hospital bagi kes disahkan Omicron.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button