Semasa

Ringankan beban ummah bersama MAPIM Malaysia dan AsSakinah Selangor

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

GOMBAK : Menjejakkan kaki ke rumah berwarna putih, beratap biru yang menempatkan tiga buah keluarga menjadi titik mula buat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Persatuan Kebajikan AsSakinah Selangor dalam misi menyalurkan sumbangan pada hari itu.

Rumah pusaka yang kini didiami Nur Zaidah Abdul Rahman, 35, bersama dua adiknya menjadi tempat perlindungan buat mereka bertahun lamanya.

Nur Zaidah yang menderita penyakit kulit langsung tidak merasakan ia satu halangan untuk meneruskan kehidupan.

“Penyakit bintik ni dah lama dah. Sejak kecil. Ini sakit keturunan. Adik- beradik pun kena. Tapi saya yang teruk sikit,” ujarnya ketika ditemu bual UmmahToday.

Dia yang juga ibu kepada enam orang cahaya mata tidak pernah mengeluh meskipun diuji sedemikian.

Suaminya, Suhaimi yang berusia 41 tahun menjadi tulang belakang buat Zaidah dalam membesarkan anak-anak.

Suhaimi kini bekerja sebagai pemandu ambulan di Universiti Islam Antarabangsa Gombak menjadi tonggak keluarga.

Apabila ditanya soal rawatan kulit, Nur Zaidah cuba untuk tidak mengulas lanjut ekoran ketidakmampuan untuk menanggung kos susulan.

Nur Zaidah mengendong anak bongsunya

Rumah kedua penerima kotak bantuan MAPIM Malaysia  pula merupakan pasangan yang sudah pun mendirikan rumah tangga berbelas tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata lelaki kelainan upaya (OKU).

Setibanya MAPIM Malaysia dan AsSakinah Selangor ke  teratak sederhana pasangan ini, kelihatan anak sulung  yang berusia 15 tahun sedang melakar lukisan di atas permukaan dinding rumahnya.

Melihat telatah anak ini menjentik hati kami bahawa  Allah SWT itu maha adil.

Bakat yang diberikan kepada anak ini sungguh lua biasa meskipun dia tidak mampu bertutur seperti orang lain namun hasil lukisannya sahaja mencerminkan isi hatinya.

Wakil MAPIM Malaysia  menyerahkan sumbangan kepada anak sulung OKU

Bersama anak ini seorang lagi kanak-kanak berusia  12 tahun sedang duduk diam di sudut bilik mencantum bongkah lego  dengan penuh tekun.

Pada saat itu , si ibu dan bapa tidak ada di rumah kerana si ayah perlu menghantar isterinya ke tempat kerja.

SI ibu bekerja sebagai guru di sebuah Sekolah Rendah Agama Islam  di Gombak.

Menurut  Pengerusi AsSakinah Selangor, Ruhaiza Mohamed, kedua-dua pasangan ini berdepan dengan keperitan hidup ekoran tidak menerima mana-mana bantuan .

“Mereka tidak  dapat bantuan luar pun.  Kesian tapi nak buat macam mana. Yang suami tak bekerja,kena jaga empat orang anak lelaki ni. Isteri yang cari nafkah.

“Kami (AsSakinah Selangor) selalu setiap Jumaat bagi barakah berbentuk makanan untuk keluarga ini. Berkat jaga anak syurga kan.” ulas beliau.

Mengulas lanjut wakil MAPIM Malaysia, Marina Sulaiman :

“MAPIM Malaysia mengalukan Persatuan Kebajikan AsSakinah Selangor bersama-sama berganding bahu demi membantu asnaf dan manfaat ummah. Kepekaan dan keprihatinan gabungan ini untuk mencari golongan asnaf dan kenal pasti keperluan asnaf tersebut akan terus dipergiat, hal ini, selaras dengan tema hari kebangsaan negara 2021 iaitu ‘Malaysia Prihatin’. Akhir kata, sedikit dari anda, segalanya buat mereka.” – Marina Sulaiman

Kerjasama AsSakinah Selangor dan MAPIM Malaysia  ini merupakan kali yang pertama demi meringankan beban mereka yang terjejas.

Oleh Nurshazlin Shahrom

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

Related Articles

Back to top button