SYDNEY : Himpunan tunjuk perasaan sebagai tanda bantahan terhadap kekurangan kakitangan dan tekanan kerja akibat Covid-19 diadakan yang dihadiri oleh ribuan jururawat.
Mereka mengibarkan pelbagai sepanduk yang bertulis ayat mengkritik pemimpin politik yang didakwa mengabaikan nasib mereka.
Masalah kekurangan katil hospital, peralatan dan jumlah yang teruk ekoran pandemik itu menyebabkan penunjuk perasaan bersorak, bertepuk tangan dengan penuh kemarahan mereka sambil berarak ke kawasan Parlimen.
Kakitangan perubatan Australia bertugas di bawah protokol Covid-19 yang ketat lebih dua tahun, sambil cuba menjalankan tugas harian dan melancarkan program vaksinasi yang belum pernah terjadi sebelumnya.
Namun, peningkatan kes jangkitan Covid-19 sejak beberapa bulan kebelakangan ini mengakibatkan ada jururawat yang turut sakit dan terpaksa mengasingkan diri.
“Masyarakat perlu tahu akan kebenaran akan jumlah kakitangan tidak mencukupi, tidak selamat dan meletakkan pesakit dalam risiko,” kata Persatuan Jururawat dan Bidan New South Wales.
Kenyataan itu turut mendakwa terdapat lebih ramai jururawat dan bidan di hospital awam New South Wales berbanding sebelum ini.
Sementara itu, Mahkamah Suruhanjaya Perhubungan Perusahaan mengarahkan supaya tiada tindakan perindustrian diambil terhadap mereka.
Arahan itu bagaimanapun ditolak, dan kesatuan yang menganjurkan tunjuk perasaan itu sedang pertimbang untuk terus mengambil tindakan sedemikan.
– AGENSI