Resah memikirkan situasi Covid-19, Makcik Salamah diserang strok
Sekinchan – 18 Feb : Hampir setahun rakyat Malaysia berdepan dengan dugaan Pandemik Covid-19, ada yang tenang menghadapinya namun hakikatnya majoriti sedang menderita. Ada yang hilang pekerjaan, hilang sumber mata pencarian, kemurungan, pergolakan rumah tangga, malah ada yang menderita penyakit akibat stres.
“Ibu mertua saya tertekan. Dia selalu menyatakan kebimbangannya tentang situasi Covid-19 sebelum ini dan keresahannya untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan,” jelas Puan Aishah, menantu kepada Makcik Salamah binti Hashim, 66 tahun.
Puan Aishah mengesyaki ibu mertuanya terlalu banyak memikirkan keadaan sekeliling sehingga diserang lelah dan kemudiannya strok (angin ahmar) pada Februari tahun lalu, 2020.
Sejak suaminya meninggal dunia pada tahun 2013, keadaan kesihatan Makcik Salamah mula merosot. Tekanan darahnya sentiasa tinggi, dan ubat-ubatan menjadi santapan harian. Apabila ubatnya habis, dia akan resah memikirkan untuk ke klinik berjumpa doktor dan bimbang diberikan jarum suntikan.
Pengarah Domestik, Misi Ummah Bantu Ummah, Tuan Haji Faris Hussain turun kelapangan menyantuni pondok usang di Kampung Parit Empat ini yang didiami oleh Makcik Salamah sejak sekian lama.
Menambah kepiluan kami, apabila melihat sebuah kit gas oksigen perubatan berwarna putih di sebelah katil Makcik Salamah. Kit gas itu terpaksa digunakan setiap kali serangan penyakit asma dan menjadi peneman tidurnya pada malam hari.
Puan Marina Sulaiman, Ketua Media MAPIM menyampaikan barang keperluan harian berupa dapur gas, selimut tebal, bantal, dan kotak bantuan yang berisi beras, gula, tepung gandum, minyak masak, sardine, biskut dan mee segera kepada Makcik Salamah. Tidak henti-henti Makcik Salamah mengucapkan terima kasih apabila setiap barangan dihulurkan kepadanya.
“Terima kasih… terima kasih… terima kasih banyak-banyak.” Ucap Makcik Salamah dengan suara kedengaran semput.
“Makcik, ini semua barangan yang kami bawa semuanya hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk makcik. Kami cuma menyampaikannya sahaja, semoga ianya dapat meringankan beban keperluan harian makcik ya…,” jelas Tuan Haji Faris Hussain mewakili MAPIM dan penginfak.
MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:
www.BantuUmmah.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016
Berita oleh ADLI EFFENDY