Rentas negeri, warganet gembira sekaligus bimbang
BANGI : Kebenaran yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia sudah pun tiba.
Kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas menjadi berita gembira untuk semua rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun, timbul kebimbangan dalam kalangan warganet atas kedatangan pelancong-pelancong terutamanya pada cuti Maulidur Rasul yang akan menjelang. Ia diungkapkan secara yang lucu.
Berikut adalah antara hantaran dan ciapan serta ‘status Whatsapp’ warganet yang menjadi perhatian dan mencuit hati UMMAH Today.
Di sebalik kelucuan hantaran mereka di setiap media sosial, terselit kebimbangan yang serius dalam kalangan warganet atas kemasukan pelancong ke negeri mereka yang mungkin membawa bersama virus covid-19.
Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) walau dimana jua mereka berada.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM