Covid19Semasa

Rentas negeri dibenarkan beberapa hari lagi, tingkatkan langkah berjaga-jaga

KUALA LUMPUR : Kelonggaran pergerakan rentas negeri beberapa hari lagi bakal diputuskan pihak kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, mencuci  tangan dan menjaga penjarakan sosial termasuk individu yang sudah lengkap divaksin.

Tambah beliau, ujian saringan Covid-19 secara kendiri menggunakan air liur mestilah kerap dijalankan, bagi menjaga  keselamatan individu tersayang, terutamanya jika pulang ke kampung halaman.

“Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button