KUALA LUMPUR : [VIDEO] Lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan ditahan reman tujuh hari mulai hari ini hingga 28 Oktober depan berhubung pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.
Perintah reman itu dikeluarkan ke atas kesemua suspek berusia antara 28 hingga 66 tahun di Mahkamah Majistret Selayang Kuala Lumpur.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan membenarkan permohonan polis untuk menahan reman mereka selama tujuh hari.
Mereka yang ditahan reman itu ialah seorang pengarah syarikat berusia 31 tahun dan bapanya yang berusia 62 tahun.
Enam pekerja terdiri daripada dua warga tempatan serta empat warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan maksimum 30 tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Prosiding reman kelapan-lapan suspek bermula pukul 9.30 pagi itu selesai 9.50 pagi.
Kesemua mereka yang memakai baju lokap polis berwarna oren dan ungu itu, tiba di Kompleks Mahkamah Selayang pada 9 pagi ini, selepas ditahan 11.30 pagi semalam di Rawang, Selangor.
Media melaporkan henti tugas keempat-empat loji itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun, merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
-BERNAMA/BH