DuniaKemanusiaanSemasa

Kejam! Mak campak anak dalam sungai…

Tekanan perasaan

BAGHDAD, IRAQ : [VIDEO] Angkara dendam, seorang ibu sampai hati, mencampak dua anaknya ke Sungai Tigris, Baghdad, Iraq.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu kerana membalas dendam terhadap suaminya selepas diceraikan.

Portal Gulf News melaporkan, video wanita terbabit membuang anak lelakinya berusia tiga tahun dan anak perempuan berusia 20 bulan tular di media sosial.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan kejam itu.

Sumber polis berkata, pihak berkuasa negara sudah menahan wanita terbabit dan suspek mengakui tindakan pada 17 OktoberĀ  itu.

Mayat dua beradik itu ditemukan di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad.

Bapa dua beradik berkenaan ternyata terkejut dengan kejadian itu dan duduk di tebing sungai memerhatikan pihak berkuasa mencari mayat anaknya.

Ahli keluarga, Abu Tahsin Deraji mendakwa, wanita berkenaan mahu membunuh anaknya selepas suaminya meminta cerai pada akhir September lalu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button