BAITULMUQADDIS : Seorang remaja perempuan Palestin berusia 14 tahun ditahan Zionis susulan dakwaan menikam seorang wanita Yahudi di Sheikh Jarrah.
Moria Cohen, wanita Yahudi yang mendakwa dirinya ditikam hanya mengalami luka ringan dan dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan.
Menurut Reuters, keluarga remaja perempuan itu antara warga Palestin yang berdepan pengusiran dari kediaman mereka sendiri di Sheikh Jarrah oleh pendatang Israel.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, dilaporkan hampir 40 penduduk Yahudi berarak di kawasan kejiranan itu menggesa hukuman mati dijatuhkan kepada remaja tersebut.
Pendatang Israel berarak sambil membawa bendera Israel dan melaungkan slogan hukuman mati terhadap remaja perempuan yang baru sahaja berusia 14 tahun.
Sementara itu, remaja perempuan tersebut ditahan bersama rakan-rakannya untuk siasatan lanjut.