Semasa

SOP ibadah haji Malaysia kini diperkemas bagi memenuhi syarat Kerajaan Arab Saudi

KL - Riyadh bincang bulan depan

PUTRAJAYA: Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari semasa ke semasa bagi memastikan ia memenuhi syarat Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, SOP berkenaan perlu diserahkan kepada Kerajaan Arab Saudi untuk diteliti dan mendapat pengesahan bagi mengelak jemaah haji Malaysia dihalang daripada mengerjakan haji pada tahun ini.

Katanya, setakat ini Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) bersama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) serta Kementerian Kesihatan (KKM) sudah selesai menyediakan SOP ibadah haji Malaysia.

“Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dijangka mengadakan pertemuan bagi membincangkan berkenaan kuota haji dan umrah pada bulan depan,”

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada kakitangan sokongan bawah agensinya anjuran Persatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya hari ini .

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button