DuniaPalestin

Remaja Palestin maut ditembak tentera Israel di Tebing Barat

TEBING BARAT : Tentera Israel menembak mati seorang remaja lelaki Palestin dalam satu serbuan di bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki awal Sabtu, kata kementerian kesihatan Palestin dan media tempatan.

Setakat ini, tentera Israel masih belum memberi sebarang komen berhubung insiden tersebut yang telah meningkatkan operasi serbuan semalaman sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kementerian itu mengenal pasti remaja yang maut itu sebagai Amjad al-Fayyed, 17 yang ditembak di bahagian leher dan dada, manakaa seorang warga Palestin berusia 18 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas cedera akibat tembakan Israel.

Media tempatan melaporkan bahawa pertempuran meletus di luar kem pelarian Jenin apabila tentera Israel menyerbu kawasan itu.

Selepas pengumuman kematian Fayed, rakyat Palestin berkabung membawa jenazah sambil melaungkan kata-kata semangat untuk menentang pendudukan Israel.

Israel mendakwa mereka kononnya sedang menjalankan “aktiviti menentang keganasan” untuk menahan warga Palestin yang tidak bersalah yang dikehendaki dan menuduh mereka sebagai perancang serangan maut baru-baru ini di Tebing Barat dan Israel.

Kedua-dua bapa saudara Amjad pernah ditembak mati oleh tentera Israel pada 2002 dalam serbuan di kem itu, menurut agensi berita Palestin Wafa.

Sementera itu, Perdana Menteri, Muhammad Shtayyeh mengecam pembunuhan Fayed dan menganggapnya sebagai “jenayah terhadap rakyat Palestin di Jenin” dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengutuknya dan meminta Israel untuk bertanggungjawab atas jenayah mereka.

-Middle East Eye


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button