PalestinSemasa

Remaja 16 tahun ditembak israel di Ramallah

Mangsa ke-5 dibunuh israel dalam tempoh 24 jam!

RAMALLAH: Pasukan penceroboh israel melepaskan tembakan dan membunuh seorang remaja Palestin berusia 16 tahun serta mencederakan tiga yang lain, seorang daripada mereka ditahan pada Jumaat, berhampiran bandar Aboud, barat laut Ramallah, menurut Kementerian Kesihatan.

Pihak Berkuasa Hal Ehwal Awam Palestin melaporkan seorang daripada dua pemuda yang ditembak dan ditahan oleh tentera telah mati manakala seorang lagi kekal sebagai tahanan israel dalam keadaan kritikal.

Belia-belia tersebut berasal dari bandar berhampiran Beit Rima.

Dua daripada yang cedera dibawa ke hospital di Ramallah serta dilaporkan dalam keadaan stabil dengan satu tembakan di dada termasuk satu lagi di kaki, menurut Kementerian Kesihatan.

Dalam perkembangan seterusnya, Kementerian Kesihatan berkata bahawa tentera israel menyerahkan kepada rakyat Palestin jenazah yang terbunuh. Jenazah disahkan sebagai Diyaa’ Al-Rimawi, 16, dari Beit Rima.

Seorang lagi warga Palestin yang cedera ditahan oleh tentera masih dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke hospital israel, kata Kementerian Kesihatan.

Tiga rakyat Palestin sebelum ini ditembak dan dibunuh oleh tentera israel semasa serangan tentera ke atas kem pelarian Jenin.

Termasuk yang terbunuh di Aboud, ia menjadikan jumlah yang terbunuh oleh tentera israel di Tebing Barat melonjak seramai 165 korban Palestin sejak awal tahun ini.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button