RAMALLAH: Seorang remaja berusia 14 tahun yang cedera parah semasa serangan tentera israel ke atas kem pelarian Deheisheh di selatan Tebing Barat bandar Bethlehem, telah meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut Kementerian Kesihatan.
Menurutnya, Omar Khaled Khmour ditembak peluru hidup di kepala dan berada dalam keadaan kritikal di hospital sehingga disahkan meninggal dunia.
As long as the lsraeli occupation remains, Palestinians shall have to walk more funerals carrying their beloveds. The attached video is captured during the farewell of Omar Khmour, the 14-year-old Palestinian child killed by the lsraeli occupation forces today’s morning. pic.twitter.com/mufa7i5GAx
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) January 16, 2023
Sumber keselamatan Palestin memberitahu WAFA bahawa unit tentera israel yang besar menyerbu kem Deheisheh dan menggeledah rumah untuk menangkap aktivis.
Semasa serbuan, pemuda kem melempari pasukan dengan batu dan tentera israel membalasnya dengan melepaskan peluru hidup serta gas pemedih mata ke arah pemuda berkenaan.
Khmour menjadi remaja ke-4 yang dibunuh oleh tentera israel daripada jumlah keseluruhan 14 rakyat Palestin yang terbunuh sejak awal tahun ini.
In Pictures: A bereaved mother takes part in her son’s, Omar Al-Khamour, funeral procession in Bethlehem's Dheisheh camp.
Al-Khamour, a 14-old-year Palestinian boy, died today of wounds sustained by Israeli gunfire during a dawn raid into the camp. pic.twitter.com/ORF7TwBJsE
— Quds News Network (@QudsNen) January 16, 2023
Tentera israel kerap melakukan serbuan, penangkapan dan pembunuhan rakyat Palestin yang hidup di bawah pendudukan tentera sejak 1967 di Tebing Barat.
Sepanjang tahun lalu, bagaimanapun, israel telah meningkatkan operasinya, membawa kepada serbuan dan pembunuhan hampir setiap hari di kampung, bandar serta kem pelarian Palestin yang tertumpu di utara Tebing Barat yang diduduki.
BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini