Ratusan rumah di Colorado musnah dijilat api
COLORADO : Kebakaran hutan di negeri Colorado, Amerika Syarikat telah mengakibatkan ratusan kediaman musnah dijilah api selepas api marak merebak ke kawasan kering berikutan kemarau.
Sekurang-kurangnya 647 hektar kawasan terbakar di daerah Boulder dengan kebanyakannya adalah kawasan pinggir bandar.
Selepas api marak merebak ke beberapa buah hotel dan pusat beli-belah, pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai angka kematian dan kecederaan yang serius dikeluarkan.
“Kira-kira 370 kediaman di kawasan kejiranan Sagamore telah musnah. Berkemungkinan 210 buah rumah lagi turut musnah di kawasan Old Town Superior,” kata Syerif Daerah Bolder, Joe Pelle.
Menurut laporan agensi berita Associated Press yang memetik jurucakap hospital, enam orang yang dilaporkan cedera dalam kebakaran itu sedang dirawat di Hospital UC Health Broomfield,
Ribuan penduduk telah diarah keluar dari kawasan kebakaran yang didakwa berpunca daripada talian elektrik yang tumbang akibat angin kencang.
– AFP