Covid19DuniaSemasa

Ramadan bermakna buat rakyat Turki

ISTANBUL : Bulan Ramadan tahun ini, Masjid Besar Hagia Sophia Turki akan mengadakan solat tarawih pertama dalam tempoh 88 tahun, menjadikan solat yang istimewa buat rakyat turki dan seluruh umat Islam.

Masjid ini telah diubah suai menjadi muzium pada tahun 1934 dan mendapat kembali status asalnya sebagai masjid dan telah dibuka untuk umat Islam menjalani ibadah pada 24 Julai 2020.

Sebelum ini beberapa acara untuk Ramadan telah diadakan di masjid tersebut.

Tetapi sebagai sebahagian daripada sekatan COVID-19, masjid besar Hagia Sophia tidak digunakan kerana risiko wabak tersebut.

“Kebanyakan penduduk telah divaksinasi dan jumlah kes baharu serta kematian berkurangan,”

“Pemulihan juga telah meningkat setiap hari dan kami memutuskan membuka semula masjid besar Hagia Sophia untuk Ramadan, iaitu bulan paling suci bagi umat Islam,” kata pihak berkuasa Turki.

Sejarah Hagia Sophia dibina pada tahun 532 CE dan dijadikan sebagai sebuah masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.

Selain itu, masjid besar Hagia Sophia, pernah berkhidmat sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.

Pada tahun 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO dan sehingga kini menjadi antara destinasi pelancongan utama Turki serta dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

-AGENSI

Diterjemah oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof UiTM SA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button