Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
GAZA: Seorang pemuda Palestin terbunuh dengan berpuluh-puluh cedera semasa pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat (West Bank) kata seorang perubatan Palestin.
Persatuan kecemasan Bulat Sabit Merah Palestin memaklumkan bahawa Waseem Khalifa, 18, terbunuh dengan 35 orang rakyat Palestin cederi di bandar Nablus, Tebing Barat utara.
Namun buat masa ini tiada sebarang maklumat jelas mengenai keganasan tersebut. Pihak Israel juga buat masa ini tidak memberikan sebarang komen mengenai insiden tersebut.
Israel telah melakukan serbuan tangkapan hampir setiap hari di Tebing Barat yang didakwa sebagai operasi pembersihan militan sehingga mengakibatkan beberapa serangan maut.
Operasi yang dibuat oleh pihak Israel mencetuskan konfrontasi dengan penduduk Palestin dengan membaling batu atau berbalas tembakan dengan Pejuang Islam.
BREAKING: 18-year-old Palestinian youth Waseem Khalifa has just succumbed to the wounds he sustained by an Israeli live bullet during a military raid into the vicinity of Joseph’s tomb, east of Nablus😢💔
RIP🙏🙏🙏 pic.twitter.com/IaI73V04P2— Mary K Hennessy (@MaryKHennessy2) August 18, 2022
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia