PalestinSemasa

Rakyat Palestin derma darah untuk mangsa gempa Turkiye-Syria

GAZA : Orang ramai di Gaza menderma darah untuk membantu mereka yang cedera dalam gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria.

Naglaa al-Ghalayini, penyelaras dari yayasan Al-Amal untuk anak-anak yatim, memberitahu Al Jazeera bahawa kempen itu adalah sebahagian daripada inisiatif perpaduan yang dijalankan oleh sukarelawan Palestin selepas gempa maut membunuh dan mencederakan puluhan ribu orang minggu lalu.

“Acara ini adalah untuk menyatukan idea bahawa dunia Arab dan dunia Islam adalah satu dunia,satu badan dan apa yang menyakitkan Syria dan Turkiye menyakiti Gaza serta Palestin juga,” kata al-Ghalayini.

“Memang benar kami di Gaza tidak mempunyai peralatan atau keupayaan yang boleh diberikan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye, tetapi kami mempunyai darah untuk ditawarkan kepada saudara-saudara kami di Turkiye dan Syria sebagai kesetiaan kepada semua orang yang menyokong perjuangan Palestin serta menyokong Gaza.”

Al-Ghalayini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di Turkiye dan Syria, serta mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh.

Hampir 26 juta orang telah terjejas sejak gempa bumi melanda tenggara Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari lalu.

Angka kematian akibat gempa bumi telah meningkat melebihi 34,000 ketika usaha menyelamat diteruskan.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button