Marrakesh – Raja Maghribi bersolidariti dengan rakyatnya yang menderita akibat gempa bumi dengan melawat mangsa yang cedera di hospital dan baginda ikut menyingsing lengan baju untuk menderma darah.
Raja Mohammed VI melawat hospital yang menggunakan namanya di bandar Marrakesh, sambil bertanya tentang keadaan mereka yang cedera, kata agensi berita rasmi MAP.
Derma darah telah menjadi tanda solidariti negara, dengan penduduk Maghribi berbaris di Marrakesh dan bandar-bandar lain bagi menderma darah.
Gempa bumi, dengan pusat gempa di Pergunungan Atlas, meragut nyawa lebih 2,900 orang — majoritinya di pekan dan kampung pergunungan — dan mencederakan lebih 2,000 yang lain. Sehingga Selasa, lebih 240 daripada mereka yang cedera sedang dirawat di hospital di wilayah Marrakesh.
Gempa bumi itu turut merosakkan bahagian tembok yang mengelilingi bandar lama Marrakesh, tapak Warisan Dunia UNESCO yang dibina pada abad ke-12. Video menunjukkan habuk berkepul-kepul dari bahagian Masjid Koutoubia, salah satu tapak bersejarah yang paling terkenal di Marrakesh. Bandar ini juga merupakan tapak salah satu istana diraja raja.
SUMBER: AP dan TRT World
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh