Pusat Dagangan Dunia Hong Kong terbakar, lebih 100 orang terkandas
HONG KONG : Lebih 100 orang telah terkandas di atas bumbung Pusat Dagangan Dunia Hong Kong menunggu untuk diselamatkan selepas kebakaran berlaku pada Rabu.
Menurut agensi BBC polis Hong Kong mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya lapan orang cedera dan dihantar ke hospital.
Menurut mangsa, kebakaran berlaku di bilik mesin, yang akhirnya membawa kepada perancah terbakar, walau bagaimanapun, bangunan itu kini sedang dalam pengubahsuaian.
Tiada kematian dilaporkan dan operasi menyelamat masih dijalankan.
Lapan mangsa yang cedera berusia antara 31 hingga 72 tahun.
Menurut pihak berkuasa, seramai 150 orang telah dipindahkan setakat ini.
Menurut South China Morning Post, semua kedai ditutup semasa kerja-kerja pengubahsuaian, hanya meninggalkan beberapa tingkat bangunan dibuka untuk perniagaan, terutamanya restoran dan pejabat.
Kebakaran itu diklasifikasikan sebagai insiden tahap tiga, dengan lima adalah yang paling serius.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM