Akibat Covid-19, populasi tuntung meningkat di India
MUMBAI : Kematian berpuluh-puluh ekor tuntung di sebuah tasik Mumbai mungkin sengaja diracun, kata pakar hidupan liar India AFP.
Pekerja pemuliharaan dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas seorang ahli politik tempatan meminta mereka menyiasat bau busuk di kawasan berair di Kalyan, kira-kira 50 kilometer di timur ibu kota hiburan India.
Menurut Suhas Pawar dari kumpulan pemuliharaan Wildlife and Reptile Rescue, sebanyak 57 tuntung India mati, manakala enam lagi berjaya diselamatkan.
Penduduk tempatan berkemungkinan membunuh tuntung itu bagi mengelakkan ia daripada memakan ikan terlarang di tasik itu, menurutnya.
“Semuanya kini dalam siasatan, bedah siasat dan analisis saintifik akan mendedahkan punca kematian,” katanya.
Menurutnya, sekatan dua tahun ke atas Covid-19 berkemungkinan menyebabkan peningkatan populasi tuntung tempatan.
“Sekatan ke atas aktiviti manusia mungkin melonjak kuantiti ikan di tasik dan tuntung kini semakin banyak memakannya, sekali gus menimbulkan kemarahan sesetengah penduduk tempatan,” katanya.