BanjirSemasa

PTS Bookcafe sumbangkan 5000 naskah Quran kepada MAPIM untuk diagihkan kepada mangsa banjir

Selayang : Banjir besar yang melanda baru-baru ini bukan sahaja memusnahkan harta benda tetapi juga kitab suci Quran yang terdapat di rumah-rumah, madrasah, surau, dan masjid.

Menyedari akan kos pembersihan dan pembaikan rumah dan surau yang pasti menelan belanja yang besar, pihak PTS Bookcafe telah memberi komitmen bagi menyumbangkan 5,000 naskah Quran kepada pihak MAPIM bagi diedarkan kepada mangsa banjir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, PTS Bookcafe, Hairul Faizal Adli, “Kami memilih MAPIM kerana kami percaya dengan gerak kerja MAPIM. Sebelum ini kami sudah menyumbang kepada mereka dan rekod kami menunjukkan mereka menjalankan amanah itu dengan baik. Mereka tersusun dan yakin sampai kepada golongan sasar.”

Buat permulaan pihak PTS Bookcafe menyerahkan dahulu 300 naskah Quran atas kegunaan segera. Untuk rekod, ini adalah tahun kedua pihak PTS Bookcafe menyumbang naskah Quran kepada pihak MAPIM.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button