PalestinSemasa

Polis Israel menyerang kumpulan solidariti yang menuntut jenazah rakyat Palestin

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

JERUSSALEM: Polis Israel pada petang Isnin telah menyerang kumpulan solidariti yang menggesa pembebasan jenazah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel.

Polis Israel dilaporkan mengarahkan anggotanya di seluruh bandar Beit Ijra, barat laut Baitulmaqdis yang diduduki untuk menyerang rumah penduduk dan peserta solidariti dengan peluru keluli bersalut getah, bom pemedih mata dan gas pemedih mata.

Kumpulan solidariti turut bertindak balas dengan membaling batu ke arah pihak polis Israel.

Kumpulan ini menuntut agar pihak berkuasa Israel menyerahkan jenazah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera mereka.

“Menahan jenazah rakyat Palestin yang mati dan tidak mengembalikan jasad kepada keluarga mereka untuk pengebumian yang sewajarnya adalah amalan kejam dan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaaan,” kata Pusat Undang-undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel yang berpangkalan di Haifa.

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang terus diselubungi derita amat diperlukan.

KLIK KE:
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button