KemanusiaanSemasa

PTD sumbang wang bantu golongan anak yatim, asnaf,mualaf

Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih

Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain telah mendarat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, Negeri Sembilan untuk majlis berbuka puasa dan membantu golongan susah.

Beliau hadir bersama isterinya, Puan Sri Datin Seri berbuka bersama Warga Pemerintah Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia (KPM), setelah selesai berbuka puasa, majlis itu diteruskan dengan solat fardu dan solat tarawih.

“Setelah selesai majlis berbuka puasa, Tan Sri PTD bersama-sama warga PLDTD yang hadir telah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih di Masjid Depoh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), yang dipimpin oleh Pegawai Agama Markas Tentera Darat, Kapten Mohd Na’im Hj Ahmad Al-Hafiz”

“Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada penerima daripada kalangan asnaf, anak yatim dan saudara baru muslim yang memeluk Islam,” menurut kenyataan tersebut.

PTD solat bersama-sama jemaah dari PUSASDA Sumber: Facebook KPM

Menurut kenyaatan itu lagi, seramai 24 orang yang terdiri daripada anak yatim, golongan asnaf dan mualaf telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM200.

Majlis yang dijalankan adalah seiring dengan Tonggak Ketiga perintah Ulung PTD ke-28 iaitu “Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menekankan kepada pengukuhan kerohanian dan akhlak warga negara.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button