PalestinSemasa

Propaganda jahat media israel dihancurkan netizen

Di tengah-tengah keributan Timur Tengah yang dilanda konflik, satu lagi medan perang sedang berkecamuk secara senyap – perang digital yang dilakukan melalui skrin dan papan kekunci.

Menyedari kuasa netizen, troll media sosial Israel menjalankan propaganda, cuba untuk membenarkan tindakan kejam tentera Israel di Gaza yang dikepung.

Akaun palsu, yang menyamar sebagai sumber berita bereputasi, sentiasa menyebarkan berita yang diputarbelitkan untuk mempengaruhi sentimen antarabangsa.

Bermula dengan dakwaan tidak berasas Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai manusia kepada dakwaan yang melebih-lebihkan sokongan meluas untuk tindakan Israel di Amerika, matlamat utamanya adalah mengalihkan perhatian daripada korban awam yang semakin meningkat di Gaza.

Bagaimanapun, gelombang penentangan telah wujud, dengan wartawan dan netizen secara aktif membongkar kebanjiran maklumat salah yang disebarkan oleh media sosial Israel.

Di Nota Komuniti X, pengguna mula memerangi naratif palsu. Penyumbang memberikan nota sebenar mengenai berita propaganda, dan menyediakan konteks penting untuk menentang kenyataan yang berpotensi mengelirukan.

Di alam digital, netizen mempunyai cara untuk membongkar pembohongan yang paling rumit. Jentera propaganda israel kini berhadapan dengan netizen yang berhati-hati, yang meneliti sumber dan kebenaran kandungan yang membanjiri media sosial.

Penyemak fakta dan aktivis tanpa jemu berusaha untuk menyangkal maklumat yang salah, menjelaskan realiti yang dikaburkan oleh israel.

Sementara itu, X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) juga telah menangani lonjakan akaun palsu yang menyebarkan propaganda di Gaza. Beberapa akaun yang menyamar sebagai sumber berita yang boleh dipercayai telah digantung dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dan capaian digital mereka dihentikan.

Walaupun langkah itu memberi tamparan kepada mesin propaganda media sosial, ia juga mendedahkan kempen penipuan yang dirancang kepada khalayak global.

Kemarahan terhadap korban awam di Gaza yang bertambah, meningkatkan tekanan ke atas pemimpin antarabangsa untuk mengutuk penggunaan kekerasan oleh israel.

SUMBER: TRT WORLD

 

Related Articles

Back to top button