Semasa

Presiden Syria pecat mufti

DAMSYIK : Presiden Syria, Bashar al-Assad, menandatangani dekri memecat ulama terkemuka Syria dan memperluaskan kuasa kementerian kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal agama.

Menurut media kerajaan, keputusan baharu itu berkuat kuasa semalam, memaksa Ahmed Badreddin Hassoun, mufti utama Assad sejak 2004, meletak jawatan.

Menurut agensi berita rasmi SANA, hak prerogatif Assad adalah untuk menganjurkan majlis di bawah kementerian wakaf agama atau wakaf yang kini mengawal hal-hal Islam di Syria.

Menurutnya, Majlis Perundangan Islam kini akan bertanggungjawab menentukan kalendar lunar dan membuat keputusan mengenai acara keagamaan.

Agensi berita itu tidak memberikan penjelasan mengenai tindakan itu, tetapi ia dilakukan selepas bertahun-tahun usaha kerajaan mengukuhkan peraturan negeri mengenai aktiviti keagamaan.

Pada 2018, Assad menandatangani dekri yang mengehadkan tempoh tugas mufti yang dahulunya tidak terikat kepada tempoh tiga tahun yang boleh diperbaharui.

Ia juga memberikan menteri wakaf lebih kuasa, membolehkan beliau memilih mufti yang telah dicalonkan oleh presiden.

Rang undang-undang itu mencetuskan kontroversi dengan ramai individu di media sosial menyatakannya sebagai pencerobohan kerajaan dalam hal agama.

Manakala yang lain pula mendakwa tindakan itu bertujuan mengawal wacana agama bagi menentang radikalisme.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button