BAGHDAD : Bagi menyelesaikan krisis politik yang mencetuskan pertempuran di Iraq baru-baru ini, presiden negara itu, Barham Saleh menggesa agar pilihan raya perundangan diadakan lebih awal.
Menurutnya, mengadakan pilihan raya awal mengikut konsensus nasional merupakan jalan keluar daripada krisis yang menyekat itu.
Iraqi President Barham Salih says early legislative polls could help settle the political crisis pic.twitter.com/UbF6kbRFEJ
— TRT World Now (@TRTWorldNow) August 30, 2022
“Ia adalah bagi menjamin kestabilan politik dan sosial serta tindak balas terhadap aspirasi rakyat Iraq,” katanya beberapa jam selepas pengikut pemimpin berpengaruh Iraq, Moqtada al-Sadr berundur dari Zon Hijau Baghdad berikutan pertempuran hampir 24 jam.
Menurut laporan media antarabangsa, pihak tentera telah menarik balik perintah berkurung di seluruh negara, dengan penghalang konkrit dikeluarkan dari jalan utama dan lalu lintas secara beransur-ansur meneruskan perjalanan seperti biasa.
Pertempuran yang berlaku sejak Isnin lalu tercetus apabila penyokong setia Sadr menyerbu istana kerajaan berikutan pengumuman pemimpin mereka bahawa beliau akan berundur daripada politik.
Situasi itu juga telah mendorong negara jirannya, Iran untuk menutup sempadan dan menghentikan penerbangan ke Iraq.
Protests in #Baghdad after Al #Sadr’s withdrawal
At least 30 protesters have been killed in demonstrations in #Iraq. Supporters of Shiite Muslim leader Muqtada al Sadr left Baghdad's Green Zone after he called for their withdrawal following ongoing clashes with the Iraqi army. pic.twitter.com/D66Yrc5ibl
— TRT World Forum (@trtworldforum) August 31, 2022
Dalam pada itu, Perdana Menteri Mustafa al-Kadhemi berkata siasatan telah dilancarkan terhadap pergolakan itu dan beliau bersedia meletak jawatan jika kemelut politik berterusan.
Kemelut politik yang berlarutan menyaksikan Iraq terus bergelut untuk pulih dari cengkaman konflik yang berlaku sejak bertahun-tahun lamanya.
Insiden itu juga meningkatkan ketegangan dalam krisis politik yang menemui kebuntuan sejak pilihan raya Parlimen Iraq pada Oktober tahun lalu.
Iraqi PM Mustafa al Kadhimi threatens to resign if political unrest in country continues pic.twitter.com/IRHD7eGo6l
— TRT World Now (@TRTWorldNow) August 31, 2022