DuniaSemasa

Hampir seluruh populasi di dunia hirup udara tercemar – WHO

Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih

GENEVA : Data dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan 99 peratus populasi dunia hirup udara tercemar.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengemaskini pengkalan data kualiti udara dan memperkenalkan penanda aras untuk kadar penumpuan nitrogen dioksida (NO2), komposisi kimia yang mencemarkan udara.

Laporan tersebut menunjukkan lebih 6,000 bandar di 117 negara memantau kualiti udaranya namun rakyat mereka masih menghirup udara yang tercemar dengan nitrogen dioksida dan rakyat yang berada di negara pendapatan rendah dan sederhana merupakan antara paling tercemar.

Pengarah urusan WHO, Tedros Ghebreyesus berkata kerisauan sekarang tertumpu kepada kepentingan peralihan kepada penggunaan tenaga yang bersih dan sihat.

“Harga bahan fosil yang tinggi, keselamatan tenaga dan kepentingan menangani cabaran kesihatan pencemaran udara dan perubahan iklim menegaskan keperluan untuk berhijrah ke dunia yang tidak bergantung kepada bahan fosil,” katanya.

Tambahnya, kajian baharu telah menggesa WHO untuk menegaskan kepentingan kurangkan penggunaan bahan fosil dan mengambil langkah alternatif untuk kurangkan pencemaran udara.

WHO berkata bukti pencemaran udara terhadap kesihatan manusia telah meningkat dengan mendadak dan mampu memberi kesan walaupun dari tahap pencemaran yang rendah.

Dalam pada itu, bahan zarah seperti PM2.5 mampu masuk sehingga paru-paru justeru memasuki aliran darah dan menyebabkan penyakit strok dan pernafasan yang tersekat.

Bahan zarah PM2.5 merujuk kepada zarah-zarah kecil sebesar dua mikron yang berada di dalam udara.

WHO berkata nitrogen dioksida dikaitkan dengan penyakit pernafasan seperti asma menjurus kepada simptom pernafasan seperti batuk, berdehit dan kesukaran bernafas.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button