Semasa

PKP 3.0 ?

Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Sarawak esok?

KAJANG : Sejak pagi 2 Mei (Ahad) tular di sosial media kerajaan bakal mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Benar atau tidak namun dikhabarkan Putrajaya bakal mengadakan satu pengumuman mengenainya petang ini.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PKP akan dikaji semula terutama di negeri-negeri yang mengalami peningkatan kes harian COVID-19 secara mendadak. Sehubungan itu kajian semula itu penting katanya dalam memastikan langkah bersesuaian menghalang wabak merebak. Kata Perdana Menteri bukan saja di Malaysia kes COVID19 meningkat namun ia berlaku juga di seluruh dunia.

Tambah beliau premis yang mencatat peningkatan kes positif COVID-19 bakal ditutup.  Kerajaan katanya telah menggunakan sistem amaran awal, dikenali sebagai Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk mengenal pasti kawasan dan premis yang mempunyai risiko tinggi merebakkan wabak berkenaan.

Memetik akhbar  The Star,  sumbernya memberitahu PKP3.0 akan dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak bermula esok.

Sumber itu juga memberitahu pelaksanaannya juga akan berjalan  seperti PKP2.0 yang berkuatkuasa pada JAm11 hingga 26 Januari lalu di beberapa bahagian di negara ini. Semua aktiviti ekonomi akan berjalan kecuali aktiviti awam, serta keagamaan yang mungkin akan dikaji semula misalnya pengurangan jumlah penglibatan manusia.

Turut menyatakan perkara yang sama ialah akhbar  Cina Oriental Daily News yang mengeluarkan berita mengenai kebarangkalian pengumuman PKP 3.0 hari ini. Sama-sama kita nantikan apakah berlaku pelaksanaan itu atau sebaliknya.

Related Articles

Back to top button