DuniaKemanusiaanPalestin

Pokok zaitun Palestin dibakar, ditebang Zionis

Musim tuai zaitun semakin sukar

GAZA : [VIDEO] Setiap tahun bermula Oktober hingga ke November musim zaitun ditunggu-tunggu oleh masyarakat Palestin.

Berdekad hasil zaitun menjadi pergantungan ekonomi utama mereka, kerana 48% zaitun adalah pertanian terbesar ditanam di Tebing Barat dan Gaza.

Secara simboliknya, pokok zaitun melambangkan keamanan dan harapan.

Namun kini ia hanya tinggal impian, apabila penanam zaitun dinafikan hak mereka untuk menuai hasil selepas tanah mereka dirampas Israel.

Akibat pendudukan haram Israel, peladang zaitun Palestin harus mendapatkan permit untuk mengambil hasil mereka, kerana kedudukan ladang yang terpisah dengan tempok tinggi dibina Zionis.

Di barat Ramallah tiga petani cedera termasuk seorang warga emas, berusia 75 tahun, selepas diusir tentera Israel ketika mereka sedang mengutipan zaitun di ladang.

Sebahagaian peladang juga terganggu kesihatan mereka kerana terhidu gas asap tentera Israel.

Pihak tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata, tembakan peluru getah dan senjata perenjat kepada petani  bagi menghalang mereka ke ladang yang kini didakwa Zionis di bawah kawasan mereka.

Kejadian sama juga berlaku di Huwarah Nablus.

Bagi petani, ladang itu hak mereka dan zaitun adalah sumber pendapatan mereka namun Israel menjajah tanah mereka dan kini mereka melukut di tanah sendiri yang berada di dalam genggaman Israel.

Pihak media yang membuat liputan mengenai musim zaitun Palestin juga dihalau keluar angkatan Tentera Israel di Tebing Barat semalam.

Siri serangan tentera Israel giat dilakukan sejak musim menuai zaitun bermula beberapa minggu lalu.

Sudahlah dirampas tanah milik sendiri, hak waktu mengutip pula dipendekkan.

Biasanya tempoh menuai zaitun adalah selama tiga bulan, namun kini permit yang diberikan hanya sebulan sahaja.

“Sayanglah buah-buah zaitun itu, kerana jika tidak dikutip awal kualitinya menjadi menyusut.Mereka khianat, sudahlah tanah dirampas, masa dulu 3 bulan kini hanya sebulan. Ada juga penduduk Israel yang mengambil hak Palestin dengan mencuri tuaian mereka. ”

Beberapa siri serangan tentera ini membantutkan pengeluaran minyak zaitun oleh masyarakat Palestin, khsususnya untuk dieksport.

Beberapa hari lalu, banyak pokok zaitun dimusnahkan dan dibakar tentera Zionis di BaitulMaqdis.

Mereka menebang pokok zaitun, membakar serta memusnahkan pokok zaitun yang telah bertahun hidup, milik penduduk Palestin di perkampungan Nahhalin dan Jab’ah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Membantah Pendudukan Yahudi, yang juga seorang ahli Parlimen Palestin,  Walid Asssaf, Israel juga menghalau pemerhati antarabansga yang menemani peladang mengambil hasil mereka.

Golongan pemerhati mengikut petani ini bagi  memantau tindakan Israel di ladang dimiliki penduduk Palestin.

Ketika ini setiap negara di dunia dihimpit impak Covid-19 apatah lagi Palestin dan Gaza yang telah dinafikan hak mereka dengan pelbagai sekatan oleh rejim Zionis sejak empat dekad.

Peraturan baharu mematuhi SOP bagi mengelak penularan Covid-19 yang menuntut penggiliran waktu bekerja, melewatkan penghasilan minyak zaitun.

Selain buahnya, zaitun diproses terutamanya bagi menghasilkan minyak untuk dieksport, sekaligus membantu kelangsungan ekonomi penduduk Palestin.

Sejumlah 3,000 hektar tanah ditanam dengan pokok zaitun di Gaza, dengan hasil pengeluaran tahunan sebanyak 24 ribu tan pada keadaan cuaca normal.


 

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:

www.BantuUmmah.com
www.BantuUmmah.com
www.BantuUmmah.com

ATAU

menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button