DomestikSemasa

PM rancang UPSI jadi pusat pemajuan automotif

Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih

TANJUNG MALIM: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di kawasan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) untuk bangunkan Pusat Latihan dan Kajian Automotif Maju  (CAART).

Katanya, ini adalah bagi memenuhi kehendak negara di sektor kenderaan dari segi tenaga pekerja, pendidikan dan kajian.

“Dilengkapkan dengan bilik kuliah, fasiliti penginapan dan makmal berteknologi tinggi, CAART di UPSI boleh tumpukan kepada kajian, latihan kemahiran, sumber manusia dan penyelenggaraan yang berkaitan dengan teknologi automotif terkini”

“Ini bagi memastikan kehendak dan bekalan dari segi teknologi terkini, latihan dan sumber manusia di ATHV akan kekal produktif,” katanya.

Cadangan ini juga secara tidak lansung akan memacu negara ke arah kereta elektrik sebagai masa depan industri automotif yang mengambil kesempatan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi terkini.

“Kerajaan berharap pembangunan projek akan membina industri hiliran dan juga sektor-sektor lain yang menumpukan kepada teknologi terkini, terutamanya penggunaan dan pengurusan tenaga yang cekap untuk mengurangkan kesan rumah hijau,’ katanya

Tambahnya lagi, dengan perancangan yang teliti, ATHV akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk setempat tetapi juga satu Malaysia.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button