DuniaSemasa

PM Lubnan letak jawatan

Akur desakan rakyat

Kerajaan Lubnan goyah apabila kemuncaknya Perdana Menteri Hassan Diab meletakkan jawatan semalam di tengah-tengah bantahan kemarahan rakyat terhadap pentadbiran dalaman dan luaran kerajaan Diab berhubung insiden letupan bom Selasa lalu.

Hampir seminggu kejadian terburuk melanda Lubnan itu berlaku, Hassan Diab mempersalahkan ketidakcekapan serta gejalan rasuah yang berlaku selama berdekad dalam kelas pemerintahan sebagai punca letupan di pelabuhan.

newspux.com

Hassan yang akur dengan tuntutan rakyat itu mengundur diri dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen negara itu.

“Hari ini kami tunduk kepada rakyat dan tuntutan mereka supaya mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab kepada bencana yang disembunyikan selama tujuh tahun,”

Perdana Menteri Hassan Diab

Sebelum itu beberapa Menteri kanan meletak jawatan.

Al Arabiya melaporkan berita tergempar itu susulan dua menteri iaitu Menteri Undang-Undang dan Menteri Kewangan meletak jawatan.

Menteri Undang-Undang Lubnan, Marie Claude Najem merupakan anggota pentadbiran kerajaan ketiga yang berbuat demikian selepas menerima protes rakyat yang berang dengan pengendalian tragedi letupan oleh kerajaan.

Khamis lalu, Marie dilontar botol oleh kumpulan tunjuk perasaan semasa lawatan di lokasi tragedi letupan.

Ahad lalu Menteri Penerangan, Manal Abdel Samad dan Menteri Alam Sekitar, Damianos Kattar meletak jawatan selepas protes terhadap pentadbiran Diab memuncak.

Surat perletakan jawatan diserahkan kepada Perdana Menteri, Hassan Diab.

Pengumuman itu dibuat ketika huru-hara dengan tunjuk  perasaan tercetus di Beirut mempersoal kredibiliti kerajaan dalam menangani simpanan ammonium nitrat yang dibiarkan tersimpan lebih enam tahun.

Perkembangan itu dilihat semakin panas susulan tunjuk perasaan anti-pembaharuan hujung minggu lalu yang hangat, mencederakan lebih 700 orang dan seorang pegawai polis terbunuh di tengah-tengah tindakan keras oleh pasukan keselamatan.

Politik Lubnan dikuasai oleh bekas-bekas panglima perang semasa dalam Perang Saudara yang berlaku pada tahun 1975 hingga 1990 dan mengubah mereka yang berpakaian tentera kepada pakaian sut.

Perletakan Hassan Diab yang dilantik pada Disember lalu menyaksikan Perdana Menteri kedua Lubnan yang meletak jawatan dalam tempoh hanya 10 bulan.

Kerajaannya, yang dibentuk pada Januari ditugaskan menangani krisis ekonomi yang memuncak, diserang hebat selepas letupan pelabuhan yang membunuh 160 orang, mencederakan 600 yang lain dan merosakkan sebahagian besar Beirut.

Letupan pada 4  Ogos itu juga menambah tekanan ekonomi Lubnan pada ketika nilai mata wangnya terjunam, mengheret rakyat hidup dalam kemiskinan dan dihimpit kesan pandemik COvid19.

Sumber: BBC, AFP

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button