Covid19Semasa

PKPB: Sabah – esok! Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor -14 Oktober

Dilaksanakan ekoran peningkatan kes

KUALA LUMPUR : Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 minit tengah malam ini sehingga 26 Oktober depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku di negeri itu.

“Dengan pelaksanaan PKPB ini, semua penduduk dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Antaranya, semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing.”

“Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.”
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya dari kediamannya menerusi Facebook Kementerian Pertahanan hari ini.

Dalam tempoh itu, Datuk Ismail Sabri berkata hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan harian termasuk makanan.

Sementara itu pada sidang media yang sama, Datuk Ismail Sabri mengumumkan PKPB, akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam bermula  14 hingga 27 Oktober. -BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button