DuniaSemasa

‘Piring terbang’ berlegar di Alaska

JUNEAU : Satu paparan imej video menunjukkan sebuah objek berbentuk ‘piring terbang’ berlegar di atas air di Teluk Alaska, baru-baru ini.

Namun, lebih menarik ‘piring terbang’ itu sebenarnya ialah sebuah pulau kecil. Ia kelihatan sebegitu kerana biasan pencahayaan.

Fenomena ini dipanggil Fatamorgana atau pembiasan cahaya boleh membuatkan benda yang tidak wujud menjadi wujud.

Rakaman video difilemkan dari sebuah bot di Teluk Glasier, barat Juneau dan dihantar ke laman Facebook Taman Kebangsaan Teluk Glasier dan Pemuliharaan.

Fenomena ini terjadi apabila bahang matahari memanaskan atmosfera di atas darat atau laut secara langsung mewujudkan kecerunan suhu.

Apabila satu lapisan udara panas berada di atas satu lapisan udara yang sejuk, terbentuklah satu kesan kanta dengan cahaya melengkung ketika ia melalui ruang di dalam arus udara.

Ia akan membuatkan objek kelihatan berada di tempat yang tinggi.

-Sinar harian

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button