SemasaSukan

Piala Dunia: Raja Maghribi zahir penghargaan pencapaian skuad bola sepak

RABAT: Raja Maghribi Raja Mohammed VI berkenan menganugerahi penghargaan tertinggi kepada pasukan bola sepak negara ini yang mempamerkan aksi cemerlang di Piala Dunia FIFA 2022, lapor Agensi Anadolu.

Baginda turut berkenan menyambut pasukan itu di Istana Diraja di Rabat sebagai mengiktiraf pencapaian mereka dalam kejohanan piala dunia yang berakhir hujung minggu lalu.

Pada separuh akhir, Maghribi tewas di tangan Perancis 0-2 dan kemudian bertemu Croatia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Meskipun tewas 1-2 kepada Croatia, pencapaian Maghribi melangkah ke separuh akhir telah melakar sejarah tersendiri.


Pasukan yang turut dikenali sebagai Atlas Lions itu menjadi negara Afrika pertama dan juga Arab pertama yang layak ke separuh akhir Piala Dunia.

Ribuan rakyat turut membanjiri jalan Mohammed V dan Hassan II di Rabat untuk bersama meraikan pencapaian pasukan kebangsaan itu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button