SemasaSukan

Piala Dunia: Morocco tetap juara di hati peminat

DOHA: Pasukan Morocco (Maghribi) yang tewas dengan kekalahan 0-2 di tangan penyandang juara, Perancis pada perlawanan pagi tadi tetap melakukan sujud syukur setelah kekalahannya.

Mereka tidak mungkin akan melangkah sejauh ini di kejohanan Piala Dunia 2022 jika bukan dengan izin-Nya.

Maghribi mungkin gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia, tetapi rakyat Maghribi serta peminat di seluruh dunia tetap memuji pasukan itu kerana telah layak sejauh ini dalam kempen Piala Dunia 2022 dan ia merupakan satu sejarah yang cukup besar.

“Maghribi mungkin kalah, tetapi mereka telah memenangi hati kita. Dan yang lebih penting mereka telah menyatukan semula 400 juta umat Islam di seluruh dunia,” kata salah seorang penyokong di laman Twitternya.

“Maghribi harus berbangga dengan diri mereka sendiri, cara mereka menegakkan Islam dan menyebarkan kesedaran untuk Palestin bagi dilihat oleh semua dunia barat adalah satu pencapaian yang membanggakan. 

Hujan melanda ibu kota Rabat namun suasana sekitarnya tetap meriah dengan sokongan padu rakyat Maghribi selepas pasukan kebangsaan mereka mencipta sejarah muncul pasukan benua Afrika pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia.

Pasukan Maghribi dan penyokongnya tidak meratapi kesedihan bagi kekalahan ini malah menjadikan ini satu kebanggaan bagi mereka semua.

Ini merupakan salah satu cara bagi orang Islam menangani kesedihan dengan sentiasa berfikiran positif kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan sentiasa sabar serta bersyukur telah sampai ke peringkat ini.

Allah SWT. Berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)

Ketika kita merasa sulit atau sedih, maka bersabarlah. Karena bersabar dapat membuat hati menjadi lebih ikhlas dalam menghadapi masalah yang terjadi. Dan Allah menjanjikan bagi orang yang bersabar akan bersama-Nya.

Biarpun tewas mereka tetap juara dunia yang baru bagi kebanyakkan peminat bola sepak.

Dalam kekalahan, mereka diberikan kemanisan untuk rasa lebih daripada sekadar dinobat juara dunia.

Mereka menjadi inspirasi, pemenang bagi mereka yang berusaha untuk berjaya.

BACA LAGI
‘Morocco King’ rai kemenangan dengan ibu di padang

Related Articles

Back to top button