Covid19Dunia

Pesakit covid-19 yang sudah dua minggu dikebumikan, kembali pulang ke rumah

Akibat kecuaian pihak hospital dan keluarga

KRISHNA : Seorang wanita yang meninggal dunia akibat covid-19 telah selamat dikebumikan, tetapi dua minggu kemudian wanita itu pulang ke rumah dalam keadaan sihat. Peristiwa itu terjadi di daerah Krishna, negeri Andhra Pradesh, India.

Memetik laporan India Today, kejadian itu berlaku kerana kesalahan pihak hospital yang tertukar identiti wanita tersebut dengan seorang pesakit lain.

Wanita yang bernama Muthyala Girijamma itu dimasukkan ke hospital Vijaya Wada kerana positif covid-19 pada 12 Mei, dan pada 15 Mei keluarganya dimaklumkan oleh pihak hospital yang Girijamma sudah meninggal dunia akibat covid-19.

Sedih tidak ada keluarga datang menjemput

Pihak keluarga diminta oleh pihak hospital untuk segera mengambil mayat Girijiamma kerana keadaan bilik mayat yang sudah sesak. Tetapi oleh kerana kerisauan pada virus covid-19 yang mungkin tersebar, tidak ada seorang pun ahli keluarga Girijiamma yang membuka beg mayat bagi memeriksa mayat tersebut.

Selepas dua minggu, kehadiran kembali Girijiamma yang sudah dikebumikan, membuatkan suami, anak lelakinya dan seluruh penduduk kampung tercengang. Barulah mereka sedar bahawa Girijiamma masih hidup dan mereka telah menguburkan orang yang salah.

Girijiamma tidak tahu bahawa dia sudah ‘dikuburkan’ dan hanya mampu mengeluh kerana tidak ada ahli keluarganya yang datang menjemputnya di hospital. Beliau kemudian menggunakan dana bantuan kerajaan sebanyak 3000 rupee untuk pulang sendiri ke rumahnya.

Sumber : India Today

Related Articles

Back to top button