PalestinSemasa

MyAqsa Defender bertemu PMX : Bangkit isu Pembebasan Gaza dan Agenda Penyatuan Ummah

oleh: Sabhan Iman

Pengurusan tertinggi MyAqsa Defender yang diwakili oleh (Dr.) Sani Araby dan Tuan Nadir Al Nuri telah mengadakan pertemuan penting dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Anwar Ibrahim, di Parlimen Malaysia hari ini. Pertemuan ini bertujuan untuk menyatukan langkah-langkah dalam memperjuangkan pembebasan Palestin dan memberikan perhatian kepada isu Gaza yang semakin mendalam.

Dalam pertemuan yang berlangsung pada pukul 11 pagi, beberapa agenda penting telah disepakati. Pertama, mereka berkomitmen untuk mengadakan Mega Tour Himpunan 1 Juta Pembela Palestin Berselawat, penaung untuk Convoy Malaysia ke Gaza, dan penaung kepada projek Malaysia Tower di Gaza, yang akan membawa bantuan kemanusiaan dan sokongan kepada penduduk Gaza yang terjejas.

Pertemuan ini juga turut diadakan bersama wakil pembangkang yang diwakili oleh ahli Parlimen Sik, YB Tuan Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman, bekas Naib Presiden MAPIM. Ini menunjukkan sokongan seluruh lapisan masyarakat dan pelbagai pihak dalam usaha penyatuan ummah.

Pertemuan bersama wakil pihak pembangkang YB Tuan Ahmad Tarmizi, ahli Parlimen Sik.

Dalam pada itu, pertemuan lain turut diadakan bersama Naib Pemuda Pas, Muhammad Khalil bin Abdul Hadi di Ibu Pejabat PAS Pusat Jalan Raja Laut, KL ketika sidang media PAS Relief berlangsung.

Agenda penyatuan ummah ini tidak memandang parti politik, bangsa, atau agama, dan bertujuan untuk memperjuangkan hak kebebasan rakyat Palestin. Sementara itu, kempen #israelcuak yang dilancarkan pada 9 Oktober telah mendapat sambutan hangat di media sosial dengan lebih dari 4.9 juta capaian, menunjukkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat dunia terhadap isu ini.

Related Articles

Back to top button