Semasa

Permohonan kemasukan Sekolah Khusus bagi tahun 2022 mulai 10 Oktober

PUTRAJAYA : Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 boleh diakses secara dalam talian dari 10 Oktober hingga 15 November 2021.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, permohonan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my manakala permohonan ke Tingkatan Empat adalah melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my.

“Sekolah-sekolah khusus berkenaan adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) mulai tahun 2021

“Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurutnya lagi, permohonan secara dalam talian itu melibatkan SBP Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat, SMKA Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat, SMT Tingkatan Empat, KV Tahun Satu dan MTD Tingkatan Empat.

Mengulas lanjut, pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat secara dalam talian bermula 1 Disember 2020.

Dalam pada itu, pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi Tingkatan Satu dan 7 hingga 17 Februari 2022 bagi Tingkatan Empat.

“Komponen yang akan ditaksir adalah kecerdasan insaniah (20 peratus), kecerdasan intelektual (70 peratus) dan artikulasi penulisan (10 peratus).

“Syarat permohonan adalah warga Malaysia, berdaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), murid Tahun Enam 2021 berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 dan hingga 1 Januari 2010 dan pelajar Tingkatan Tiga 2021 berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007,” menurut kenyataan itu.

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button