KemanusiaanSemasa

Permohonan bantuan penyelenggaraan untuk sekolah agama dibuka

IPOH : Permohonan menyelenggara atau menaik taraf mana-mana sekolah rendah agama rakyat (SRAR) yang sudah uzur infrastrukturnya boleh dikemukakan kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk pertimbangan.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata permohonan akan dinilai oleh pejabat daerah masing-masing untuk kelulusan ketika bahas dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, hari ini.

Antara soalan yang diaju adalah dari Datuk Zainun Mat Noor (BN Chenderoh) menerusi sesi soal jawab lisan telah terjawab apabila Saarani menerangkan bahawa ada peruntukan tahunan yang telah diketepikan oleh kerajaan pusat dan negeri untuk penyelenggaraan iaitu sekolah.

Pada masa yang sama, Zainun ingin tahu rancangan kerajaan negeri bagi membangunkan SRAR yang memerlukan perhatian berterusan sama ada di peringkat kerajaan negeri dan persekutuan.

Menurut Saarani, kerajaan negeri sentiasa berhubung dengan sekolah berkenaan bagi mendapatkan maklumat keperluan semasa yang telah diselaraskan oleh Jabatan Agama Islam (JAIPk) dan agensi yang berkaitan.

“Selain menyediakan bantuan pembangunan infrastruktur sekolah, kerajaan negeri akan turut menganjurkan pelbagai kursus, bengkel dan latihan untuk guru serta pelajar sebagai sebahagian usaha pembangunan modal insan,”

“Berjumlah RM7.27 juta diperuntukkan kepada SRAR tahun lepas dan melibatkan peruntukan sebanyak RM5.55 juta bagi bantuan per kapita dengan tujuan pengurusan sekolah, bantuan naik taraf dan penyelenggaraan bangunan atau infrastruktur sebanyak RM1.64 juta,”

“Sebanyak RM76,700 juga diperuntukan untuk bantuan Internet untuk guru menjalankan pengajaran dan pembelajran berasaskan rumah,” ujar beliau.

-AGENSI

Diterjemah oleh: Hasanah Yusof, Wartawan Pelatih Fakulti Komunikasi Pengajian Media UiTM SA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button