DuniaSemasa

Permit tawaf untuk bukan jemaah umrah

MAKKAH : Kebenaran untuk melakukan tawaf mengelilingi Kaabah akan diberikan kepada jemaah selain individu yang menunaikan ibadah umrah.

Memetik laporan Saudi Gazette, menjelang hujung minggu akan datang aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna akan menambah ikon baharu Tawaf bagi memudahkan tempahan janji temu melaksanakan tawaf bagi yang bukan menunaikan umrah.

Ia selaras dengan pelaksanaan arahan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman baru-baru ini untuk membenarkan penggunaan kapasiti penuh Masjidil Haram untuk semua jemaah.

Terdapat pilihan pada aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna untuk menempah janji temu untuk mencium Hajar Aswad (Al-Hajar Al-Aswad), menyentuh Sudut Yaman (Al-Rukn Al-Yamaani), dan menunaikan solat di Hijr Ismail.

Laporan itu turut menjelaskan perkhidmatan dan kemudahan terbaik bagi melaksanakan ibadah dengan mudah dan selesa akan disediakan kepada mahkamah.

Mereka akan dibolehkan untuk memanfaatkan aplikasi pintar yang dipertingkatkan berkaitan perkhidmatan di Dua Masjid Suci.

Ia selaras dengan pematuhan langkah berjaga-jaga dan protokol pencegahan untuk membendung penularan koronavirus.

Komander Pasukan Khas Keselamatan Haji dan Umrah Mejar Jeneral Muhammad Al-Bassami mengumumkan bahawa tingkat satu Masjidil Haram akan dikhususkan untuk melakukan tawaf bagi jemaah bukan umrah dan ikon untuk tawaf akan ditambah pada aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Al-Bassami berkata tawaf untuk bukan jemaah umrah akan disediakan di luar waktu solat pada waktu pagi dan petang dari jam 6 pagi hingga 10 pagi dan dari 12 tengah hari hingga 3 petang..

Dalam pada itu, mereka mengingatkan agar semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka setiap masa ketika berada di dalam Masjidil Haram dan datarannya.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button