Covid19Semasa

Permaisuri Johor anggap sumbangan kepada barisan hadapan, hadiah Ulang Tahun Keputeraan

Hargai kakitangan awam berjuang ketika pandemik

JOHOR BAHRU : Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, menitahkan tidak perlu mengurniakan sebarang persembahan sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-62, 14 Ogos ini.

Sebaliknya, adalah lebih baik jika mereka yang berniat demikian menyalurkan sumbangan bantuan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras memerangi pandemik Covid-19, terutamanya kakitangan perubatan, katanya menerusi Facebook, The Royal Johor hari ini.

“Saya menerima dan mensyukuri semua yang ingin meraikan ulang tahun keputeraan saya, namun dalam keadaan luar biasa kini, saya amat terkesan dengan komitmen dan usaha petugas barisan hadapan kita.

“Oleh itu, saya anggapkan apa-apa bantuan kepada mereka sebagai hadiah ulang tahun keputeraan saya yang begitu istimewa,” titah Tuanku Permaisuri kepada Royal Press Office (RPO).

Oleh Nurshazlin Shahrom

 

Related Articles

Back to top button