DomestikSemasa

Permaisuri Agong rasmi Floria Diraja Putrajaya 2022

Floria Diraja Putrajaya 2022 dibuka kepada pengunjung dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

PUTRAJAYA: KDYMM Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan merasmikan Floria Diraja Putrajaya 2022 hari ini di Presint 4 setelah lebih dua tahun ditangguh berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Floria Diraja tahun ini bertemakan ‘FLORIA Hebat’ dan memilih bunga orkid sebagai bunga tema pada kali ini.  Floria Diraja Putrajaya 2022 dibuka kepada pengunjung dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Tunku Hajah Azizah bertitah bahawa baginda memang menyukai bunga dan menanam  sayur, ketika dua tahun ‘dikunci’ bersama dengan warga Istana Negara akibat pandemik Covid-19.

“Sehingga kini, kebun itu masih ada tetapi disebabkan kesibukan kini kami semua sudah kurang ke kebun.

“Banyak hasil yang kami dapat seperti timun, kangkung, bayam, bayam brazil, kacang botor dan jagung,” titahnya sebelum merasmikan Floria Diraja Putrajaya.

Festival pada kali ini bakal mempersembahkan pameran dua pemandangan berbeza pada waktu siang dan malam dengan pertunjukan lampu taman sepanjang tujuh hari acara itu berlangsung hingga 4 September depan.

Antara tarikan utama festival tahun ini adalah ‘sky walk’ yang menjadi laluan utama ke Floria, Gemerlapan Floria, Taman ‘Glow in the Dark’, Floral Pavillion dan pertunjukkan Menara Jam, Taman Instagram dan banyak lagi.

Sesuai dengan pemilihan orkid sebagai bunga tema, pameran tersebut menghimpunkan kira-kira 10,000 pokok orkid selain lebih 400,000 pokok pelbagai spesis dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan.

Bas Mobile Clinic anjuran (MAIWP) & MAPIM turut hadir berkhidmat untuk memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung sepanjang festival berlangsung.

Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) juga akan berkhidmat untuk memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung sepanjang festival itu berlangsung.

Doktor sukarelawan sedang memberikan konsultasi kepada pesakit di dalam Mobile Clinic
Pegawai farmasi menyediakan ubat-ubatan secara percuma kepada pesakit

Penganjuran tahun ini turut dijayakan lebih 20 agensi, kebun komuniti dari sekitar Putrajaya dan luar untuk menjual pelbagai produk mereka di bazar Floria 2022.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Fadlun Mak Ujud.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button